Hadis menyebut…
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal - walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.
Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen....