Posted by Irfan Khairi
Untuk berjaya dalam perniagaan yang dipenuhi pesaing kini, usahawan perlu mencari satu ‘kelainan’ dalam produk dan perkhidmatan yang diberikan. Untuk menonjolkan perniagaan kita dalam pasaran yang amat gamat, kelainan diperlukan.
Payung mana yang mempunyai kelainan?
Si peniaga burger tersebut, sambil membuat burger tersebut, melambung daging burger itu ke udara, dan menyambut semula ke kuali. Selang beberapa saat, dia akan lakukan lagi, melambung daging burger keudara dan menyambutnya semula. Pada gerainya ditulis ‘Burger lambung’!Wah! Hebat sungguh dan memang ramai beratur untuk membeli ‘burger lambung’ ni. Tidak seperti gerai-gerai burger yang lain. Usahwan ini berjaya menciptakan kelainan sehingga barisan beratur pun panjang- termasuk diri saya sendiri yang ingin merasa ‘burger lambung’ ini.
Setelah 20 minit menunggu, baru dapat merasa burger lambung ini. Ingatkan, sedaplah sangat burger lambung ni, rupa-rupanya, rasanya sama sahaja dengan burger-burger lain! Lambung tak lambung, serupa sahaja rasanya!Walaupun lucu juga kisah ini, tetapi, apa yang penting adalah ‘kelainan’ yang berjaya dibawa oleh usahawan ‘burger lambung’ ini. Walaupun produknya sama dengan produk pesaing yang lain, tetapi, kelainan perniagaan yang dibawanya berjaya menarik perhatian pengunjung-pengunjung pasar malam itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen....