Ramai yang mencari peluang untuk memulakan perniagaan, peluang mendapat pendapatan tambahan serta peluang perniagaan secara sambilan.
Dalam mencari peluang-peluang sedemikian, sememangnya terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan yang ditawarkan di pasaran. Tidak kira di kaca tv, corong radio, ikan akhbar dan majalah, serta poster2 di bilboard jalan raya.
Apa yang perlu di ingat adalah, ketika kita mencari peluang perniagaan, sering kali kita terkabur dan terkeliru dengan peluang-peluang yang selalu menarik emosi kita sebagai manusia. Pastinya, siapa tidak mahu kaya? Tetapi soal inginkan kaya, dan inginkan harta, keluar dari masalah kewangan, menambahkan gaya hidup diri dan keluarga selalu akan mengkabur minda kita membuat fikiran yang rasional.
Tidak kira apa pun peluang perniagaan yang ditawarkan, pastikan kita melakukan berbagai-bagai research / penyelidikan terlebih dahulu atas peluang tersebut. Fikir secara rasional dan bukan emosi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen....