Posted by Irfan Khairi
Perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki
datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita
lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar
sana yang mengalami kegagalan.
Jadi, persoalannya, sekrianya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?
Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN
MINAT
Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan
yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang
kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau
kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.
Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang
menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu,
iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus
mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.
Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.
PERMINTAAN
MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat
sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka,
pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.
Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau
reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut,
bagaimana pula dengan permintaannya?
Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara
online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan,
keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai
maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin
jalankan.
Oleh itu, equationnya adalah;
MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN
Pastikan anda memiliki kedua-duanya!