Selasa, 22 Mei 2012

Peluang perniagaan di mana mana

 Posted by Irfan Khairi


Ramai yang mencari peluang untuk memulakan perniagaan, peluang mendapat pendapatan tambahan serta peluang perniagaan secara sambilan.
Dalam mencari peluang-peluang sedemikian, sememangnya terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan yang ditawarkan di pasaran. Tidak kira di kaca tv, corong radio, ikan akhbar dan majalah, serta poster2 di bilboard jalan raya.
bizop.jpg
Dalam pada itu juga, terdapat peluang perniagaan yang hanya menipu semata-mata seperti SCAM dan juga Skim cepat kaya. Ada juga peluang perniagaan yang tidak mengikut landas Islam dan syariah. Seperti baru-baru ini, peluang perniagaan pertukaran asing FOREX juga diumumkan oleh majlis fatwa sebagai haram. Pastinya ramai yang menyertai juga terkejut oleh kerana saya yakin ramai yang menyertai pun tidak tahu sebelum ini.
Apa yang perlu di ingat adalah, ketika kita mencari peluang perniagaan, sering kali kita terkabur dan terkeliru dengan peluang-peluang yang selalu menarik emosi kita sebagai manusia. Pastinya, siapa tidak mahu kaya? Tetapi soal inginkan kaya, dan inginkan harta, keluar dari masalah kewangan, menambahkan gaya hidup diri dan keluarga selalu akan mengkabur minda kita membuat fikiran yang rasional.
Tidak kira apa pun peluang perniagaan yang ditawarkan, pastikan kita melakukan berbagai-bagai research / penyelidikan terlebih dahulu atas peluang tersebut. Fikir secara rasional dan bukan emosi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen....